Pagi-pagi lagi dah bangun, excited menunggu fajar menyingsing dan melihat matahari muncul di ufuk timur.
Angin masih bertiup kencang, dengan suasana diawal subuh, sememang sejuk mencengkam.
![]() |
| Suasana waktu subuh |
![]() |
| Menanti terbitnya matahari |
Pagi tu ke Pekan Sedili lagi, cari sarapan. Kami ke gerai di tepi jeti nelayan tu. Nak cari makanan tempatan yang unik. Jumpa satu laksa ni, dipanggil laksa gandum. Kuah macam laksam tapi warna sedikit merah sebab letak cili kisar. Mee laksa dibuat sendiri dari tepung gandum. Sedap.
![]() |
| Laksa gandum, kuahnya macam laksam tapi sedikit pedas sebab ada campuran cili kisar dalam kuahnya. |
![]() |
| Budak berdua ni, tak mandi lagi tapi tetap nak ikut tok dan nenek cari sarapan. |
Sebelum check out, kami cadang nak buat bbq lagi. Cari ikan di jeti nelayan Sedili Besar, malangnya tiada nelayan yang menjual hari tu. Rupanya ramai yang tidak ke laut semalam disebabkan angin kencang. Kami ke Tanjung Sedili pula, manalah tau, ada nelayan yang menjual di jeti sana. Alhamdulillah, rezeki kami, dapat lah juga beli ikan, udang dan sotong di sana.
Selepas sarapan, cucu-cucu sedara dah tak sabar nak mandi laut lagi. Pagi ini cuaca cerah dan ombak pun tak sekuat semalam. Saya minta anak-anak temankan mereka. Sementara itu, saya menyediakan bahan-bahan untuk bbq. Suami nak buat di pantai pula.
![]() |
| Seronoknya mereka dapat mandi laut lagi. |
![]() |
| Konon nak berbbq di pantai, tapi angin kuat, jadi lambat lah nak masak udang-udang tu. Akhirnya sambung bakar di cottage je lah. |
Walaupun ada orang lain yang nak check in hari ni, pihak cottage baik hati, tak de lah nak suruh kami keluar cepat-cepat. Dalam pukul 1 lebih, kami berangkat keluar dari Khayla Kootage. Saya memang seronok tinggal di sini. Next trip plan nak datang dan tinggal di sini lagi. Ikut kata penjaga cottage tu, dalam bulan Jun-September, waktu yang cantik untuk tengok laut biru sambil memancing disebabkan laut tidak berombak kuat.
Untuk menginap di sini, boleh layari fb Khayla Kootage atau terus menghubungi En. Farid di no. 0137116301.
![]() |
| Berwefie sebagai kenangan di hadapan rumah Khayla Kootage. |
Ke Mersing Cari Keropok
Kami bertolak pula ke Mersing untuk mencari keropok lekor. Perjalanan dari Sedili ke Mersing sejauh 90km lebih mengambil masa hampir 2 jam. Kami singgah di gerai-gerai yang menjual pelbagai hasil laut di Jalan Makam. Tumpuan utama saya adalah keropok lekor. Keropok lekor di sini sedap macam di Terengganu. Saya suka keropok lekor yang macam sosej tu. Ia banyak ikan, lembut dan tidak keras walaupun setelah sejuk. Habis saya borong keropok keping, keropok lekor mentah dan siap digoreng untuk dimakan di sepanjang perjalan balik ke Lembah Kelang.
![]() |
| Berehat sebentar di Jalan Makam sambil melihat gugusan Pulau Setindan |
Kebetulan waktu saya lalu di Jalan Makam tu, ada pasar tani. Rupanya, setiap Jumaat ada Pasar Tani Jumaat yang dibuka di bangunan yang dipanggil PAKAR (Pasar Komuniti dan Karavan) yang menjual pelbagai barangan basah dan kering dan juga makanan-makanan yang pelbagai. Tak sempat nak ambil gambar tempat ni. Singgah beli apa yang patut je sebab dah keletihan. Kami bertolak balik lepas Asar. Ikut jalan Mersing - Kahang - Kluang - Ayer Hitam dan keluar di Tol Ayer Hitam untuk masuk ke Lebuhraya Plus.
Berakhirlah episod perjalanan saya dari Lemah Kelang ke Bandar Penawar ke Sedili ke Mersing dan Lembah Kelang.
Sehingga berjumpa lagi dilain post. Assalamualaikum.








No comments:
Post a Comment